Tujuan Blog

Tujuan berblog nih...Sambil berkenalan, sambil nego ore kelate kato (niaga le tuh), maklum le kami2 wanita Kelantan ni sememangnya dilahirkan begitu. Hehehe, masuk lif tekan sendiri la kan!
KAK MID GIGIH MENJALANKAN BIZ TUPPWARE ONLINE bersama TEAM POWER yg sememangnya team yg power lah senang citer...., MENGAMBIL TEMPAHAN KEK2 YG DALAM PICTURE DIBAWAH TUH...UTK PELBAGAI MAJLIS DAN BIZ2 SAMBILAN, ASALKAN MASYUUUKKKK, maklumlah semua barang sudah NAIKKKK, hujan jer TURUNNNN...hehehe
Borang Oder ada kat bawah. Salam sayang dari Kak Mid.

Sunday 22 July 2012

Ayat 185 Surah Al-Baqarah berkenaan Puasa

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

No comments:

Post a Comment