Tujuan Blog

Tujuan berblog nih...Sambil berkenalan, sambil nego ore kelate kato (niaga le tuh), maklum le kami2 wanita Kelantan ni sememangnya dilahirkan begitu. Hehehe, masuk lif tekan sendiri la kan!
KAK MID GIGIH MENJALANKAN BIZ TUPPWARE ONLINE bersama TEAM POWER yg sememangnya team yg power lah senang citer...., MENGAMBIL TEMPAHAN KEK2 YG DALAM PICTURE DIBAWAH TUH...UTK PELBAGAI MAJLIS DAN BIZ2 SAMBILAN, ASALKAN MASYUUUKKKK, maklumlah semua barang sudah NAIKKKK, hujan jer TURUNNNN...hehehe
Borang Oder ada kat bawah. Salam sayang dari Kak Mid.

Wednesday 28 November 2012

Resepi Crepe

Sori sibuk sikit sehari dua nih...maklumlah mama anak 7 kan...Kak Mid tempek rcp Crepe kat sini utk panduan kekawan. Utk sedia kulitnya.  Dah ada crepe bolehlah nak buat Doyan Crepe ke, Stoberi Crepe ke, Mangga Crepe ke...terpulang. Mitok izin tuan punya rcp (eonisbalqis)...Tq 4 share. SHARING IS CARING...

Selamat Mencuba!

Bahan2 Crepe (kulit dio la..)
250gm tepung gandum
3 bj telur A
500 ml santan
½ sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh apa2 pewarna mengikut suka

Cara-cara nya
Satukan semua bahan (kecuali pewarna).  Masukkan dalam blender atau whisk sekejap.  Tapis adunan.  Letak warna kesukaan.  Cuba dulu bakar sikit, kalau agak pekat, tambah sedikit air.  Agak2 la coz crepe dia ni sebolehnya senipis mungkin.  Guna pan yg Non-stick, cam buat lempeng tuh, xpayah balik2 masa masak deh.., api kena kecik.  Boleh dapat 30 crepe nih.
Sudah siap semua crepe.

Langkah seterusnya.
Sediakan filing durian.  Isi durian dilenyek2 sedikit.
Whipping cream diputar sehingga likat(pekat).  Masukkan 2 sudu gula halus, sedikit lemon emulco
Sudah siap 2 bahan ni, boleh le sediakan pinggan cantek2...
Bentangkan 1 crepe, letak cream, letak doyan atas cream dan buh lagi cream atas doyan....pahe ko? lapis2 la nih...
Balutlah crepe tersebut.....taraaaa, doh dpt sebijik Doyan Crepe.

Petua
SEMANGAT KENA KENTAL
KESABARAN DITAHAP 100%
KETERUJAAN PUN KENA TINGGI UTK MAKAN DOYAN CREPE BUATAN SENDIRI.
Nak senang roger Kak Mid...
sekian.



Wednesday 10 October 2012

PRODUK TERHANGAT DIPASARAN : ALPHA LIPID SDII

GAMBAR2/PAMPLET NANTI KMID UPDATE KEMUDIAN.......

PEMAKANAN SEMASA DIET SD2


SDII adalah program diet yang paling mudah dan murah diantara produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.Yang paling penting ialah ada jaminan penurunan berat badan dan JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN.Jika tak percaya anda boleh bandingkan SDII dengan produk yang terdapat di pasaran.Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..

SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk atau air biasa (Jangan gunakan air panas/suam!).

DUA - Tinggalkan makanan berLEMAK/KARBOHIDRAT dan berGULA.

TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran dan makanan berprotein. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

(4x SDII = Pagi, tengahari, sebelum makan malam, dan sebelum tidur)

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN?
(Digalakkan untuk makan)

AYAM, LEMBU, KAMBING, ITIK, IKAN, UDANG, KETAM, SOTONG, TELUR, SAYUR-SAYURAN TIDAK BERUBI,

AIR KOSONG / AIS

APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
(Dilarang makan untuk kesan yang optimum!)

NASI,MEE,KUEW TIOW,BIHUN,PASTA,ROTI,BISKUT,KUIH,GANDUM,
SAYURAN BERUBI SEPERTI KENTANG,UBI,KELEDEK,KELADI,ALKOHOL,KAFEIN (KOPI/TEH)
MINUMAN RINGAN,MINUMAN MANIS,MINUMAN DIET (SODIUM),BUAH-BUAHAN,SUSU
GULA-GULA (MANISAN),GULA,OAT,NESTUM,TEMPE,KACANG

Jika anda sedang period jangan mulakan dahulu diet anda kerana semasa period kadar penurunan adalah perlahan.

Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga akan menganggu pembakaran lemak.

Untuk kesan penurunan yang lebih maksimum anda digalakkan untuk bersenam.

Sila pastikan anda betul-betul bersedia untuk diet sebelum memulakan program diet untuk memastikan anda berdisiplin semasa diet dan mendapat penurunan yang diharapkan.

Semoga anda berjaya dengan misi anda untuk menurunkan berat badan dan kelihatan lebih muda dan menawan.

HUBUNGI PENGEDAR ANDA :

KAK MID - 0139397246

Thursday 9 August 2012

Tuppware Raya (Pinkkkkk) - Boleh bli dgn Kak Mid

Ari ni nk jual tupperware coz comey sangatttt, so kena share dgn kekawan.  Sapa peminat pinkkkk memang sesuai beli utk snack raya ni. Promosi bermula 6 Ogos - 9 September 2012.  Oder dgn Kak Mid deh. Bli 4 (RM153.20) percuma 4 (RM96.00) dpt beli lagi 2pcs (RM73.50)....Cepat3, raya doh tak lama doh

Wednesday 8 August 2012

Koleksi no.6 Tart Epal (ijau lagiiii U!)

Sepatutnya bentuk epal ijau la kan, tapi doh gulung lagi senang jadi Kak Mid buat gulung je tahun ni.  Yang penting rasanye berbeza dgn tart nenas....epal ijau U! Nak rasa jemput le ke rumah nanti raya ni.

Wednesday 1 August 2012

Katil Bilik Tamu

Tayang dulu, then baru bli.  Ni la katil idaman utk Bilik Tamu.  Ari ni Kak Mid nk jadi promoter KK Home Deco, harga ditawarkan murah dari tempat2 lain, kualiti tinggi.  Boleh dipadankan dgn perabut2 lain. Hargaaaa: RM3000++. Tawaran tamat September 2012. Sekian- akan ku beli, tungguu

Monday 30 July 2012

Ais Krim Goreng...

Tanda Best Kak Nik bila makan ais krim goreng...pelik tpi benar ais krim boleh gorengggg, yg jual kat kedai tu xsoh kiro la dia yg buat, kite beli je.  Rupanya senang je buatnya.  Ambil 2 kpg roti, letak ais krim kat tengah2, tekap dgn gelas, terus goreng tak pe, masuk plastik simpan dulu pun tak pe...buat 20ketul...hehehe, paling tengok tinggal seketul utk Kak Mid.....Selamat mencuba

Koleksi no.5 raya - Semperit Pandan

Senang saja, uli2, tekan lam acuan semperit panjang2, then potong2 tabur dgn manik2.  Kak Mid buat perasa pandan, wangi semerbak rumah masa bakarnya...

Saturday 28 July 2012

Pavlova....versi Kak Mid

Nak tayang jugak, hehehe w/pun tak berapa nk jadi,
ni desert berbuka ptg maring, akan jadi rcp baru @ VCM.
Yg jadi versi Kak Mid coz base dia telah dicampurkan dgn
CCC - cotton cheese cake, lagi sedap sebenarnya!



Koleksi no.4 Raya - Sahara Crystal Ball

Paling senang dibuat, nama asal Biskut Arab, Kak Mid tukar nama. 
Nak makan baru tabur gula halus.


Koleksi no. 3 Raya- German Cookies

promoter kecik

German Cookies ni pelbagai rupa
Kak Mid suka lagu ni,
picit dgn acuan semperit dlm
paper cup.  Rasanye....
lembut, cair di mulut coz dibuat
dgn tepung kentang + superfine.

cookies siap dibakar, tunggu sejuk jer

Koleksi no.2 Raya - Tart Nenas Gulung

Ni dia jem nenas nyer...bulat2 besar2..,
maklumle Kak Mid ni suka yg besar2 je

Sebelum dibakar, susun2, sapu kuning telur skit



siap dibakar

Wednesday 25 July 2012

Coklat lagi...tpi Orennnn

Maklumle Kak Mid ni peminat Orennnn, saje share dgn rakan2, Nak oder pun boleh - bentuk shell tuh 3 bijik RM1, lolipop tu RM1.50 satu - macam2 colour Kak Mid buat, lihat post yg dulu. tk

Cotton Cheese Cake- CCC- dibuka utk tempahan buka puasa & raya

Hehehe, masih mengekalkan kesedapan rasanye yg gebuzzzz dan soft sgt (nama lagikan cotton-kapassss).  Cuma saiz yg berbeza. Sesuai utk buka puasa & raya. RM17.90 jerr satu. nok? helo Kak Mid deh. tk

Sunday 22 July 2012

Ayat 185 Surah Al-Baqarah berkenaan Puasa

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Saturday 21 July 2012

Tirai Bilik Pengantin Lama...

Hehehe, ingat lagi tak tirai nih....tirai majlis pertunangan spupu Kak Mid tuh....skrg dah jadi tirai bilik pengantin lama, hehehe, gelak lagi, bilik Kak Mid la tuh, mana tak lama nyer dah 16th akak kawen...alhamdulilah jodoh berkekalan hingga sekarang ni. Dan semoga kekal hingga ke ujung nyawa.  Tips: bilik tidur perlu dihias sebaik mungkin bagi membangkitkan suasana romantik (banyak majalah kata begitu) Kak Mid pun tiru....x salah kan?

Koleksi Pertama Raya 2012


Sori ye, 1 hari setengah puasa Kak Mid dah tayang coklat ni.  Biasanya semua biskut/juadah raya Kak Mid buat sendiri, saje seronok dgn anak2.  Tu sebab kena mula awal.  Jadi yg terawal ni la, coklat, senang sgt buatnya.  Bli choc bar pelbagai warna, masak double boil, bekukan ikut bentuk yg disukai. Pelbagai perasa, pink tu perasa strawbery dan letak pulok dalam bekas tupperware Orennnn...hehehe, mana tuan tupware nih (t.kasih Chiq Na Salor), nanti raya bru leh rasa deh! Harap2 jangan tinggal bekas kosong sudah le.

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan.  Belum terlambat rasanya Kak Mid nih, ari ni hari ke2 kite puasa, Kak Mid bawakan kat sini niat berpuasa, gandakan usaha mencari pahala sebanyak mungkin, semoga mendapat keberkatan dariNYA. Insyallah

Saturday 14 July 2012

Aku Maafkan Kamu

Tajuk lagi rasanya sesuai doh sempena dgn kite dah dekat menyambut Ramadhan nih, tapi lirik sebenarnya sendiri nilailah. Cuma Kak Mid tempekkan kat sini sikit keratan lagu yg Kak Mid suka ulang....xyah kisah lagu tu, halwa telinga je, yang penting Kak Mid mengambil kesempatan di sini memohon ampun maaf sekiranya sepanjang perkenalaan kite, ada terkena kat mana2 (pedih telinga ke, tertusuk kat hati ke, terkata depan2 ke) maklumlah kite manusia kan! Mohon ampun maaf byk2 sebelum kite melangkah ke Ramadhan yg mulia, semoga amalan kite diberkati ALLAH. "Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak... Aku maafkan kamu... Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku... Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku..."

Homemade Choc...

Kena buat sekarang...maklumlah ikut masa anak tak mengacau kite, nak melepaskan 4 org yg tak reti bahasa lagi tuh, masa depa tido bru leh buat kerja kite. apa pun Kak Mid selalu buat sendiri biskut raya. So kali ni mula awal skit, biarpun belum puasa lagi.

Peti Baruuuuu....

Peti Baruuuu....hehehe, jangan marah yek! semalam baru cuci, bukan baru beli.  Utk persiapan puasa.  Sebenarnya kurang sejuk doh, tips kawan bagi, cuci dan 'off'kan beberapa hari, so weekend lepas leh lah buat kerja tuh.  Letak daun pandan lebih2 skit, kalah pewangi di pasaran nuh.

Wednesday 11 July 2012

Kek Karamel

Projek semalam...pertama kali buat. cuma perlu diupgrade supaya kek lebih gebuzzz. Mungkin boleh dicombine dgn cheese cake...nk cuba try test tengok lah!




RCP dari rakan blog, Fiza (http://blogsimpanresepi.blogspot.com) Mitok izin deh, tempek rcp disini.
Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml)
70 gm gula kastor (
saya kurangkan 50gm)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.

(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (
saya gunakan minyak jagung)
70 gm gula kastor (
saya kurangkan 50gm)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (
saya kurangkan juga 50gm)
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.



Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.

Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.




Sunday 1 July 2012

Kak Yo (Nurul Azmi)

ni la kak yo, kak yo ore dok panggil nyer...si manis 17 belas, cun melecun, mananye si wandy xkene nyer. sib baik dpt jugak! hehehe

Saturday 30 June 2012

Tirai Pertunangan Nurul Azmi & Wandy Yusof. Tahniah!

Tirai sentuhan Kak Mid...sempena majlis pertunangan sepupu tersayang pada 29Jun2012. Semoga berkekalan ke pelamin impian.  Tahniah buat Nurul Azmi & Wandy Yusof, dari Kak Mid sekeluarga.

Tuesday 26 June 2012

Projek Malam Tadi...2jam siap 3 jenis, semua sedap2..

Cheese cake VCM, Kek Buah dan Cup Cake VCM

Kucing Kesayangan Kak Nik Kema

ni ank kucing sapo entah, dok merengek kut tepi2 rmh Kak Mid, then ank mandikan dan jadi teman setia dia skrg nih...

Anggur Malaysia

semua kenal ini buat anggur, sedap dan byk khasiatnya dan yang PENTING boleh hidup subur dalam iklim kite ni, cuba le tanam, tanam hari rabu deh...ada rahsia di sebalik tuh!

Sunday 24 June 2012

Khasiat Pokok Bismillah

Ini pokok bismilah, ada tepi pagar rumah Kak Mid.  Nama sains dia,...hhhmmm, cari le sendiri, tanya Pak Google.  Cuma nak kongsi bersama, khasiat pokok ini adalah merendahkan tekanan darah, sesuai utk pengidap darah tinggi.  Kak Mid amalkan rendam 1 helai daun dalam mug dgn air panas, biarkan seketika, teguk tanpa bernafas...hehehe, maklum le rasanya nyaman sekali, pahitttt, tpi angaplah cam teh cina, demi kesihatan sepanjang zaman. Maklumlah angka depan umur udah 4 Kak Mid nih.  Amalkan segelas sehari, insyallah.

Kek Coklat Meleleh untuk Pengantin


Saturday 23 June 2012

Kek Pengantin Ombak Rindu (OR)

Khas buat Che Da (adk ipar) di hari perkahwinan pd 23Jun2012. "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERKEKALAN HINGGA HUJUNG NYAWA"
based kek Ombak Rindu (OR), topping icing & tulis le sikit kan, cuma nama empunya xnak letak!

Tuesday 12 June 2012

Panas3...sesuai sambil2 layan Euro2012

Kek Ombak Rindu...terbaeeek buat teman2
nk panggil gapo pong xpo, gelora asmara, alunan kasih...yg penting sedap!

Monday 11 June 2012

3 hari membelek2 blog, masih banyak yg perlu dipelajari..., banyak lagi nk top up...sabar nooo!

Sunday 10 June 2012

masih panasssss

hehehe, salam perkenalan,
Kak Mid masih baru dalam blog memblog nih
harap ada bantuan dari yang sudi
Pakat maghi jengok blog kmid, villacintamama.blogspot.com
penuh dgn brito, cerito....dan yg peting, mato terbulat dibuatnye...
tunggu kemunculannya