RCP dari rakan blog, Fiza (http://blogsimpanresepi.blogspot.com) Mitok izin deh, tempek rcp disini.
(A)
2-3 sudu besar gula
~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.
(B)
½ tin susu cair (200 ml)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung
~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.
(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya gunakan minyak jagung)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya kurangkan juga 50gm)
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.
Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.
2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.
3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.
4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.
5. Sedap dihidang sejuk.
Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment