Tanda Best Kak Nik bila makan ais krim goreng...pelik tpi benar ais krim boleh gorengggg, yg jual kat kedai tu xsoh kiro la dia yg buat, kite beli je. Rupanya senang je buatnya. Ambil 2 kpg roti, letak ais krim kat tengah2, tekap dgn gelas, terus goreng tak pe, masuk plastik simpan dulu pun tak pe...buat 20ketul...hehehe, paling tengok tinggal seketul utk Kak Mid.....Selamat mencuba
Tujuan Blog
Tujuan berblog nih...Sambil berkenalan, sambil nego ore kelate kato (niaga le tuh), maklum le kami2 wanita Kelantan ni sememangnya dilahirkan begitu. Hehehe, masuk lif tekan sendiri la kan!
KAK MID GIGIH MENJALANKAN BIZ TUPPWARE ONLINE bersama TEAM POWER yg sememangnya team yg power lah senang citer...., MENGAMBIL TEMPAHAN KEK2 YG DALAM PICTURE DIBAWAH TUH...UTK PELBAGAI MAJLIS DAN BIZ2 SAMBILAN, ASALKAN MASYUUUKKKK, maklumlah semua barang sudah NAIKKKK, hujan jer TURUNNNN...hehehe
Borang Oder ada kat bawah. Salam sayang dari Kak Mid.

Monday, 30 July 2012
Koleksi no.5 raya - Semperit Pandan
Senang saja, uli2, tekan lam acuan semperit panjang2, then potong2 tabur dgn manik2. Kak Mid buat perasa pandan, wangi semerbak rumah masa bakarnya...
Saturday, 28 July 2012
Pavlova....versi Kak Mid
Nak tayang jugak, hehehe w/pun tak berapa nk jadi,
ni desert berbuka ptg maring, akan jadi rcp baru @ VCM.
Yg jadi versi Kak Mid coz base dia telah dicampurkan dgn
CCC - cotton cheese cake, lagi sedap sebenarnya!
Koleksi no. 3 Raya- German Cookies
Koleksi no.2 Raya - Tart Nenas Gulung
Wednesday, 25 July 2012
Coklat lagi...tpi Orennnn
Maklumle Kak Mid ni peminat Orennnn, saje share dgn rakan2, Nak oder pun boleh - bentuk shell tuh 3 bijik RM1, lolipop tu RM1.50 satu - macam2 colour Kak Mid buat, lihat post yg dulu. tk
Cotton Cheese Cake- CCC- dibuka utk tempahan buka puasa & raya
Hehehe, masih mengekalkan kesedapan rasanye yg gebuzzzz dan soft sgt (nama lagikan cotton-kapassss). Cuma saiz yg berbeza. Sesuai utk buka puasa & raya. RM17.90 jerr satu. nok? helo Kak Mid deh. tk
Sunday, 22 July 2012
Ayat 185 Surah Al-Baqarah berkenaan Puasa
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Saturday, 21 July 2012
Tirai Bilik Pengantin Lama...
Hehehe, ingat lagi tak tirai nih....tirai majlis pertunangan spupu Kak Mid tuh....skrg dah jadi tirai bilik pengantin lama, hehehe, gelak lagi, bilik Kak Mid la tuh, mana tak lama nyer dah 16th akak kawen...alhamdulilah jodoh berkekalan hingga sekarang ni. Dan semoga kekal hingga ke ujung nyawa. Tips: bilik tidur perlu dihias sebaik mungkin bagi membangkitkan suasana romantik (banyak majalah kata begitu) Kak Mid pun tiru....x salah kan?
Koleksi Pertama Raya 2012
Sori ye, 1 hari setengah puasa Kak Mid dah tayang coklat ni. Biasanya semua biskut/juadah raya Kak Mid buat sendiri, saje seronok dgn anak2. Tu sebab kena mula awal. Jadi yg terawal ni la, coklat, senang sgt buatnya. Bli choc bar pelbagai warna, masak double boil, bekukan ikut bentuk yg disukai. Pelbagai perasa, pink tu perasa strawbery dan letak pulok dalam bekas tupperware Orennnn...hehehe, mana tuan tupware nih (t.kasih Chiq Na Salor), nanti raya bru leh rasa deh! Harap2 jangan tinggal bekas kosong sudah le.
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan. Belum terlambat rasanya Kak Mid nih, ari ni hari ke2 kite puasa, Kak Mid bawakan kat sini niat berpuasa, gandakan usaha mencari pahala sebanyak mungkin, semoga mendapat keberkatan dariNYA. Insyallah
Saturday, 14 July 2012
Aku Maafkan Kamu
Tajuk lagi rasanya sesuai doh sempena dgn kite dah dekat menyambut Ramadhan nih, tapi lirik sebenarnya sendiri nilailah. Cuma Kak Mid tempekkan kat sini sikit keratan lagu yg Kak Mid suka ulang....xyah kisah lagu tu, halwa telinga je, yang penting Kak Mid mengambil kesempatan di sini memohon ampun maaf sekiranya sepanjang perkenalaan kite, ada terkena kat mana2 (pedih telinga ke, tertusuk kat hati ke, terkata depan2 ke) maklumlah kite manusia kan! Mohon ampun maaf byk2 sebelum kite melangkah ke Ramadhan yg mulia, semoga amalan kite diberkati ALLAH.
"Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak...
Aku maafkan kamu...
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku...
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku..."
Homemade Choc...
Kena buat sekarang...maklumlah ikut masa anak tak mengacau kite, nak melepaskan 4 org yg tak reti bahasa lagi tuh, masa depa tido bru leh buat kerja kite.
apa pun Kak Mid selalu buat sendiri biskut raya. So kali ni mula awal skit, biarpun belum puasa lagi.
Peti Baruuuuu....
Peti Baruuuu....hehehe, jangan marah yek! semalam baru cuci, bukan baru beli. Utk persiapan puasa. Sebenarnya kurang sejuk doh, tips kawan bagi, cuci dan 'off'kan beberapa hari, so weekend lepas leh lah buat kerja tuh. Letak daun pandan lebih2 skit, kalah pewangi di pasaran nuh.
Wednesday, 11 July 2012
Kek Karamel
Projek semalam...pertama kali buat. cuma perlu diupgrade supaya kek lebih gebuzzz. Mungkin boleh dicombine dgn cheese cake...nk cuba try test tengok lah!
RCP dari rakan blog, Fiza (http://blogsimpanresepi.blogspot.com) Mitok izin deh, tempek rcp disini.
Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula
~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.
(B)
½ tin susu cair (200 ml)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung
~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.
(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya gunakan minyak jagung)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya kurangkan juga 50gm)
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.
Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.
2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.
3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.
4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.
5. Sedap dihidang sejuk.
Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.

Wednesday, 4 July 2012
Monday, 2 July 2012
Khas Buat Tatapan Pelanggan Setia..."The making of Cheese Cake VCM"
Terbaeeek dari Chef Mid, nanti oder lagi ye.
Sunday, 1 July 2012
Kak Yo (Nurul Azmi)
ni la kak yo, kak yo ore dok panggil nyer...si manis 17 belas, cun melecun, mananye si wandy xkene nyer. sib baik dpt jugak! hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)